Select Page
Tukar Duit Syiling – Cara Paling Mudah

Tukar Duit Syiling – Cara Paling Mudah

Tukar Duit Syiling Anda? Mudah sahaja! Tukar di MyPay Coin Conversion

Tukar duit syiling cara mudah, sila ikut langkah-langkah di bawah:-

1) Download aplikasi MyPay ke telefon pintar anda.

i) Klik link ini untuk terus download aplikasi di telefon pintar bagi android==>> https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dapat.mypay&hl=en&gl=US

ii) Klik link ini untuk terus download aplikasi di telefon pintar bagi IOS==>> https://apps.apple.com/my/app/mypay-malaysia/id1471603685

cara-tukar-duit-syiling-MyPay logo

2) Pilih lokasi terdekat pilihan anda, setakat artikel ini ditulis, terdapat 3 outlet/kiosk kini dibuka iaitu:
i) Subang Parade
ii) Berjaya Times Square

iii) NSK Trade City (Kuchai Lama)

3) Buat temujanji dalam aplikasi untuk menempah slot anda:
i) Hari buka: Isnin hingga Ahad
ii) Waktu operasi: 10.00pagi hingga 7.00 malam.

4) Bawa duit syiling anda mengikut waktu yang anda pilih. Oh ya,Duit tidak perlu diasingkan kerana di sana terdapat mesin coin deposit machine (gambar).

Proses pengiraan syiling juga cepat dan lancar. bergantung kepada jumlah wang anda.

Gambar di bawah menunjukkan staff dari MyPay sedang mengasingkat duit syiling untuk pengiraan.

cara-tukar-duit-syiling-1
cara-tukar-duit-syiling-2

5) Setelah duit syiling siap dikira melalui machine, anda perlu memberi nombor akaun bank simpanan di mana duit anda akan dikreditkan.
Duit anda akan masuk ke akaun anda dalam 1-2 hari bekerja.
Siap! ini cara tukar syiling paling mudah bukan?

Jika ada pertanyaan boleh tulis di ruang komen di bawah.

Harap membantu.

Soalan Lazim (FAQ’s)

1) Adakah perkhidmatan ini percuma?

Jawapan: Mulai 20 Mac 2023, caj perkhidmatan akan di kenakan di:-

1) Kiosk NSK Trade City: Percuma

2) Kiosk Berjaya Times Square & Subang Parade:-

 i) Bawah rm5 = percuma

ii) Rm5 – 1,665.00 = 3%
iii) Rm 1,665.00 ke atas = rm50

2) Perlu ada bank akaun mana untuk duit masuk. Adakah Maybank/Cimb/lain-lain?

Jawapan: Mana-mana akaun bank simpanan anda (savings account). Tidak kisah Maybank/Cimb/dan lain-lain.

3) Buka setiap hari?

Jawapan: Ya, Isnin-Jumaat, 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

4) Outlet/Kiosk?

Jawapan: Setakat hari ini, 06/03/2023, terdapat 2 cawangan iaitu:-
i) Subang Parade
ii) Berjaya Times Square

iii) NSK Trade City, Kuchai Lama

5) Adakah perlu asingkan duit syiling 50 sen/20 sen / 10 sen?

Jawapan: Tidak perlu. 

6) Buat temu janji macam mana?

Jawapan: Buat temujanji di aplikasi MyPay Coin Conversion, pilih hari dan waktu pilihan anda.